Wednesday, October 13, 2010

Berkenalan Dengan Blog

Apa itu blog? Saya tak rasa anda tak kenal apa itu blog. Kalau tidak bagaimana anda boleh membaca posting saya ini, ya tak? Atau sekurang-kurangnya anda pernah mendengar orang bercerita tentang blog dan mungkin pernah sekali-sekala membaca blog orang lain.

Pernah anda terfikir untuk mempunyai blog sendiri? Saya rasa sudah tiba masanya anda memulakan sesuatu yang tidak pernah anda fikir sebelum ini. Tetapi sebelum itu, apa kata kita berkenalan dulu dengan BLOG.

Apa Itu BLOG, BLOGGER & BLOGGING

Secara umumnya, Blog merupakan singkatan daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu Weblog. Manakala Blogger merupakan orang yang menulis artikel (dikenali juga sebagai posting) untuk sesuatu blog dan Blogging pula adalah aktiviti seorang blogger menulis & menguruskan blog tersebut.


Adakah Blog & Website itu sama?

Mungkin anda pernah tertanya-tanya soalan ini. Ya, Blog sebenarnya adalah sejenis laman web (website) tetapi ia bersifat dinamik dan mudah diuruskan dengan bantuan aplikasi web/blogware tertentu seperti Blogger dan WordPress.

2 comments:

  1. Terima kasih di atas komen puan tu... masa terhad utk saya update blog sy ni sbnrnya.... mmgtiada pilihan untuk memberi komen di page blog sy ni sbb sy dh buat tp x jadi plak...

    ReplyDelete
  2. ooo..ok.. kalau ada masa, boleh la edit.. awang kena pergi pada fungsi edit posting tu. di bahagian bawah ada POST OPTIONS.. klik pada Allow utk benarkan pembaca memberi komen..

    ReplyDelete