Tuesday, October 12, 2010

Kelas Blog MPKj 11-12 Oktober 2010

Ini kelas Membina Blog saya yang pertama. Rata-rata peserta kursus begitu teruja untuk belajar membina blog masing-masing. Saya dapati kesemua mereka mudah memahami dan mengikuti kursus yang dijalankan walaupun kebanyakan mereka tidak mempunyai latar belakang Teknologi Maklumat. Asal sahaja anda minat dan berani mencuba sesuatu yang baru, pasti saja anda boleh lakukannya.

Berikut adalah senarai blog para peserta kursus ini. Adalah diingatkan, blog-blog ini merupakan cubaan pertama mereka dalam membina blog dengan Blogger. Saya pula lebih menumpukan bagaimana untuk mereka bentuk blog & menggunakan widget, bukannya menulis blog.

Saya harap selepas ini peserta-peserta kursus ini tidak akan terus meninggalkan blog masing-masing tanpa dikemaskini. Hanya dengan cara rajin berblog dan berani meneroka ilmu baru sahaja, anda akan menjadi seorang blogger yang berjaya.

Selamat Berjaya!

Senarai Blog Peserta


No comments:

Post a Comment