Wednesday, October 6, 2010

Menghantar Posting Menerusi Email


Posting saya ini telah dimasukkan ke blog menerusi email.


Bagaimana ya? Mudah saja. Ikut langkah-langkah ini:
  1. Klik pada tab Setting > kemudian tab Email & Mobile.
  2. Di bahagian Posting Option, anda hanya perlu melengkapkan alamat email yang diberikan oleh Blogger. Secara default, anda akan melihat username anda & diikuti dengan satu ruang kosong untuk anda isi, kemudiannya '@blogger.com'. Ia akan mungkin kelihatan seperti ini username.12345@blogger.com.
  3. Kemudian anda perlu pilih sama ada untuk terus publish posting anda, simpan posting di bahagian draf atau disable fungsi ini.
  4. Pastikan anda klik pada Save Setting apabila selesai.
Sekarang anda boleh cuba menulis email, meletakkan gambar dan menghantarnya ke alamat yang anda masukkan tadi. Jangan lupa memeriksa blog anda ya.


Selamat mencuba!

p/s: Jangan rasa pelik kalau anda rasa jenis & saiz font untuk posting ini berbeza. Saya telah mengubah jenis & saiz font untuk keseluruhan blog ini, tetapi posting ini tetap tidak berubah. Terpaksa pula mengubahnya secara manual.

2 comments: