Thursday, October 14, 2010

Memilih Antara Blogger & WordPress


Saya berkesempatan belajar dan mula menggunakan ke dua-dua aplikasi blog (blogware) ini apabila ditugaskan untuk mengajar kursus membina blog baru-baru ini. Banyak artikel dan pendapat yang saya baca. Ada juga yang berdebat, masing-masing cuba mempromosikan blogware kegemaran mereka. Namun bagi saya, kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Saya suka kedua-duanya dan hasil dari pemahaman & pemerhatian saya, inilah kesimpulan yang saya perolehi:

  1. Ciri-ciri mesra pengguna (user friendly) - Blogger mempunyai antaramuka yang mudah untuk digunakan oleh pengguna yang baru berjinak-jinak dengan blog. Pengunaan tab & sub-tab membuatkan ia mudah untuk diteroka. Setiap ciri & fungsi mempunyai penerangan ringkas. Manakala WordPress mempunyai antaramuka yang agak kompleks bagi pengguna baru. Mudah 'sesat' dalam mencari sesuatu fungsi yang dikehendaki. TETAPI bagi mereka yang sudah mahir atau sekurang-kurangnya berani mencuba-cuba, anda akan mendapati bahawa WordPress mempunyai ciri-ciri aplikasi 'semua-dalam-satu'. Kalau dlm Blogger, anda perlu menggunakan gadget untuk menghasilkan sesuatu fungsi tertentu, dalam WordPress tidak perlu gadget kerana ia sememangnya sebahagian dari aplikasi tersebut!
  2. Pilih blogware berpandukan fungsi blog anda - Anda perlu mengenal pasti jenis blog yang anda inginkan. Bagi saya, jika anda sekadar ingin mencuba-cuba membina blog atau sekadar menulis jurnal/pengalaman atau pendapat peribadi, anda disarankan menggunakan Blogger. Blogger mempunyai sejenisi gadget/widget yang membolehkan anda memasukkan apa saja gadget yang anda inginkan, bukan hanya terhad pada gadget Blogger sahaja. Gadget-gadget ini pula mudah untuk diperolehi (muat turun) dan semestinya percuma. Berbanding WordPress, sekiranya anda menggunakan blogware percuma di WordPress.com, widgetnya terhad, bergantung kepada template yang digunakan sahaja. Namun begitu, anda boleh mendapatkan widget-widget lain (dan menginstallnya di server anda) hanya sekiranya anda membeli nama domain dan mempunyai hosting (server) sendiri.
Tetapi sekiranya anda inginkan satu blog untuk perniagaan, maka anda disarankan menggunakan WordPress sebagai blogware anda.
  1. WordPress membolehkan anda memuat turun aplikasi tersebut di WordPress.org dengan percuma dan menginstall pada server (hosting) anda sendiri. Dengan mempunyai nama domain dan hosting sendiri, anda boleh install apa sahaja widget yang anda inginkan. Namun begitu, anda perlu install dan menyelenggara sendiri aplikasi WordPress dan pangkalan data anda pada server tersebut. Ia agak melecehkan tapi untuk jangkamasa panjang, ia memang berbaloi.
  2. Kapasiti storan bagi WordPress lebih besar dari Blogger iaitu 3G berbanding 1G Blogger.Anda juga sememangnya tidak terikat dengan saiz storan tersebut sekiranya anda mempunyai hosting sendiri.
  3. Bagi sesebuah perniagaan, sudah semestinya anda mahukan sesuatu yang bersifat jangka panjang. Bayangkan setelah beberapa tahun anda mengendalikan blog, semakin lama semakin banyak media seperti imej, video dan dokumen-dokumen lain yang anda masukkan ke blog. Dengan kapasiti 1G untuk Blogger, saya rasa ia tidak mencukupi. Tambahan pula trafik yang mengunjungi blog anda juga mungkin bertambah dari masa ke semasa.
Saya akan tambah maklumat tentang isu ini dari masa ke semasa. Mudah-mudahan artikel ini dapat memberi gambaran kasar tentang kedua-dua blogware ini. Semoga anda dapat membuat pilihan yang bijak. Selamat berjaya.

No comments:

Post a Comment