Showing posts with label Asas Blog. Show all posts
Showing posts with label Asas Blog. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

Memilih Antara Blogger & WordPress


Saya berkesempatan belajar dan mula menggunakan ke dua-dua aplikasi blog (blogware) ini apabila ditugaskan untuk mengajar kursus membina blog baru-baru ini. Banyak artikel dan pendapat yang saya baca. Ada juga yang berdebat, masing-masing cuba mempromosikan blogware kegemaran mereka. Namun bagi saya, kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Saya suka kedua-duanya dan hasil dari pemahaman & pemerhatian saya, inilah kesimpulan yang saya perolehi:

  1. Ciri-ciri mesra pengguna (user friendly) - Blogger mempunyai antaramuka yang mudah untuk digunakan oleh pengguna yang baru berjinak-jinak dengan blog. Pengunaan tab & sub-tab membuatkan ia mudah untuk diteroka. Setiap ciri & fungsi mempunyai penerangan ringkas. Manakala WordPress mempunyai antaramuka yang agak kompleks bagi pengguna baru. Mudah 'sesat' dalam mencari sesuatu fungsi yang dikehendaki. TETAPI bagi mereka yang sudah mahir atau sekurang-kurangnya berani mencuba-cuba, anda akan mendapati bahawa WordPress mempunyai ciri-ciri aplikasi 'semua-dalam-satu'. Kalau dlm Blogger, anda perlu menggunakan gadget untuk menghasilkan sesuatu fungsi tertentu, dalam WordPress tidak perlu gadget kerana ia sememangnya sebahagian dari aplikasi tersebut!
  2. Pilih blogware berpandukan fungsi blog anda - Anda perlu mengenal pasti jenis blog yang anda inginkan. Bagi saya, jika anda sekadar ingin mencuba-cuba membina blog atau sekadar menulis jurnal/pengalaman atau pendapat peribadi, anda disarankan menggunakan Blogger. Blogger mempunyai sejenisi gadget/widget yang membolehkan anda memasukkan apa saja gadget yang anda inginkan, bukan hanya terhad pada gadget Blogger sahaja. Gadget-gadget ini pula mudah untuk diperolehi (muat turun) dan semestinya percuma. Berbanding WordPress, sekiranya anda menggunakan blogware percuma di WordPress.com, widgetnya terhad, bergantung kepada template yang digunakan sahaja. Namun begitu, anda boleh mendapatkan widget-widget lain (dan menginstallnya di server anda) hanya sekiranya anda membeli nama domain dan mempunyai hosting (server) sendiri.
Tetapi sekiranya anda inginkan satu blog untuk perniagaan, maka anda disarankan menggunakan WordPress sebagai blogware anda.
  1. WordPress membolehkan anda memuat turun aplikasi tersebut di WordPress.org dengan percuma dan menginstall pada server (hosting) anda sendiri. Dengan mempunyai nama domain dan hosting sendiri, anda boleh install apa sahaja widget yang anda inginkan. Namun begitu, anda perlu install dan menyelenggara sendiri aplikasi WordPress dan pangkalan data anda pada server tersebut. Ia agak melecehkan tapi untuk jangkamasa panjang, ia memang berbaloi.
  2. Kapasiti storan bagi WordPress lebih besar dari Blogger iaitu 3G berbanding 1G Blogger.Anda juga sememangnya tidak terikat dengan saiz storan tersebut sekiranya anda mempunyai hosting sendiri.
  3. Bagi sesebuah perniagaan, sudah semestinya anda mahukan sesuatu yang bersifat jangka panjang. Bayangkan setelah beberapa tahun anda mengendalikan blog, semakin lama semakin banyak media seperti imej, video dan dokumen-dokumen lain yang anda masukkan ke blog. Dengan kapasiti 1G untuk Blogger, saya rasa ia tidak mencukupi. Tambahan pula trafik yang mengunjungi blog anda juga mungkin bertambah dari masa ke semasa.
Saya akan tambah maklumat tentang isu ini dari masa ke semasa. Mudah-mudahan artikel ini dapat memberi gambaran kasar tentang kedua-dua blogware ini. Semoga anda dapat membuat pilihan yang bijak. Selamat berjaya.

Wednesday, October 13, 2010

Berkenalan Dengan Blog

Apa itu blog? Saya tak rasa anda tak kenal apa itu blog. Kalau tidak bagaimana anda boleh membaca posting saya ini, ya tak? Atau sekurang-kurangnya anda pernah mendengar orang bercerita tentang blog dan mungkin pernah sekali-sekala membaca blog orang lain.

Pernah anda terfikir untuk mempunyai blog sendiri? Saya rasa sudah tiba masanya anda memulakan sesuatu yang tidak pernah anda fikir sebelum ini. Tetapi sebelum itu, apa kata kita berkenalan dulu dengan BLOG.

Apa Itu BLOG, BLOGGER & BLOGGING

Secara umumnya, Blog merupakan singkatan daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu Weblog. Manakala Blogger merupakan orang yang menulis artikel (dikenali juga sebagai posting) untuk sesuatu blog dan Blogging pula adalah aktiviti seorang blogger menulis & menguruskan blog tersebut.


Adakah Blog & Website itu sama?

Mungkin anda pernah tertanya-tanya soalan ini. Ya, Blog sebenarnya adalah sejenis laman web (website) tetapi ia bersifat dinamik dan mudah diuruskan dengan bantuan aplikasi web/blogware tertentu seperti Blogger dan WordPress.

Sunday, October 10, 2010

Tips Blogging Untuk Blogger Baru

Bagi yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging, saya cadangkan anda dapatkan tips & panduan daripada artikel ini How To Blog: Blogging Tips For Beginners. Tapi berhati-hati kerana anda mungkin akan 'tersesat' dan 'tersasar' dari tujuan asal kerana ada banyak pautan (link) ke artikel/blog-blog lain. Anda memerlukan masa yang agak panjang untuk selesai membacanya kerana artikel ini sebenarnya mengumpulkan berpuluh-puluh artikel lain yang berkaitan. Saya cadangkan anda bookmark dahulu artikel ini supaya memudahkan anda membacanya lagi kemudian. Saya sendiri belum sempat membacanya sampai habis! Semoga ia dapat membantu anda menimba ilmu sebagai seorang blogger.

Saturday, October 9, 2010

Fakta Menarik Tentang Blog

Saya terjumpa satu artikel menarik tentang blog di India Blog School, yang ingin saya kongsikan dengan anda.

Things you may not know about Blogs

  • A new blog is created somewhere in the world every half a second. That goes on to prove how popular blogging is on the Internet.
  • Blogs have influence. Surveys suggest that lots of Internet users prefer reading reviews published on blogs before making a purchase.
  • You don't need to spend a single penny to publish a blog. All you need is a computer and an Internet connection. You may even write blogs from a mobile phone.
  • You don't need any technical skills to create a blog. If you know how to write an email on the computer, you are good enough to write a blog.
  • If you are worried about sharing your details on the Internet, you can create personal blog that can only be read by your close friends and family members.
  • You can put advertising on your blogs and make some decent income. There are people who have quit their regular jobs to become full-time bloggers.
  • You don't need to know English to write a blog. There are free tools available to help you publish blogs in any Indian language including Hindi, Urdu, Punjabi, Bangla, Tamil, etc.
  • If you like clicking pictures with your digital camera, you can join the growing community of photo bloggers in the world who display pictures on their blogs.
  • 44% of all bloggers are parents, 70% have college degrees, two-thirds are male and 50% of them lie in the 18-34 age group.
  • You'll find an audience if you write what you’re passionate about. - Mark Frauenfelder

Thursday, September 30, 2010

Konsep Blog

Tadi saya terjumpa satu video yang menerangkan tentang konsep blog. Ia mudah difahami & menarik untuk dikongsi bersama.